Cari:
China, Filipina Mampu Jadikan LCS Laut Damai
2017-08-17 10:19:15 CRI Cetak

China dan Filipina mempunyai kebijaksanaan dan kemampuan untuk menjadikan Laut China Selatan (LCS)laut yang damai serta mengutamakan persahabatan dan kerjasama.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang media di Beijing semalam, ketika mengulas laporan bahawa China dan Filipina sedang membincangkan kerjasama penerokaan minyak dan gas asli di kawasan perairan yang dipertikaikan di LCS.

Hua berkata, pada tahun 1980-an, China mengesyorkan pendekatan "mengetepikan perselisihan dan meneroka bersama" bagi menyelesaikan pertikaian berkenaan. Dalam tempoh berdekad-dekad lalu, China sentiasa berpegang pada saranan itu ketika menangani perselisihan.

Tambah jurucakap itu, menurut undang-undang dan kelaziman antarabangsa, negara-negara terlibat perlu menetapkan aturan sementara berdasarkan keadaan sebenar, termasuk membina mekanisme menangani perselisihan serta mempergiat kerjasama dalam pelbagai bidang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China