Cari:
Karya Seniman Wanita China, Malaysia Dipamerkan
2017-08-17 13:50:57 CRI Cetak

Pameran pertama yang melibatkan ahli kaligrafi dan pelukis wanita dari China dan Malaysia diadakan di Kuala Lumpur semalam.

Lebih 100 karya ciptaan puluhan seniman kedua-dua negara dipamerkan.

Presiden Persatuan Seniman Wanita China, Kong Zi berkata dalam sejarah, seniman wanita mengekspresikan sifat halus, sensitif dan romantik dalam karya mereka. Pelahiran maksud yang unik menjadikan karya-karya tersebut khazanah yang tidak ternilai.

Pameran ini memberikan peluang kepada seniman kedua-dua negara untuk berinteraksi dan saling belajar.

Kata beliau, Akademi Seni Lukis Kebangsaan China telah melancarkan program seni lukis berkaitan "Jalur dan Laluan" (B&R) pada tahun 2013.

Melalui program itu, 300 pelukis dari pelbagai negara berkesempatan menyumbang kepada pembangunan bidang seni lukis menerusi karya ciptaan mereka. Karya-karya berkenaan akan dipamerkan di pelbagai negara pada tahun 2018 hingga 2020.

Pelukis wanita Malaysia dialu-alukan menyertai program tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China