Cari:
Malaysia: 30 Batang Kayu Balak Haram Dirampas
2017-08-17 11:05:05 CRI Cetak

Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 berjaya merampas 30 batang kayu balak pelbagai saiz dalam Op Landai di Jalan Samarakan, Bintulu, semalam.

Komandernya, Asisten Komisioner Salehuddin Mat Zaman berkata, rampasan tersebut dibuat pasukan daripada Unit Rondaan Marin (URM) terdiri lima pegawai dan anggota pada pukul 10.45 pagi.

"Setibanya di lokasi kejadian, pasukan kita menemukan 30 batang kayu balak dianggarkan bernilai RM6,500 yang telah ditebang dan dipotong.

"Pemeriksaan lanjut mendapati tiada cop sah Jabatan Hutan Sarawak (JHS) pada balak yang ditebang dan ia dipercayai diperoleh secara haram," katanya dalam kenyataan pagi ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tiada pekerja berada di lokasi pembalakan itu ketika serbuan dilakukan.

sumber: Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China