Cari:
Rumah Panjang Terbakar, 100 Hilang Tempat Tinggal
2017-08-17 11:16:00 CRI Cetak

Seramai 100 penduduk hilang tempat tinggal apabila Rumah Panjang Long Aton di Sungai Tinjar, Baram, Marudi, Miri, musnah terbakar malam semalam.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Miri, Law Poh Kiong berkata, kebakaran tersebut telah memusnahkan 100 peratus rumah panjang yang mempunyai 28 pintu itu.

Katanya, pihak bomba bagaimanapun hanya menerima maklumat tentang kebakaran tersebut pada pukul 11.50 malam kerana penempatan tersebut terletak jauh di pedalaman.

"Pihak bomba menghadapi kesukaran untuk ke lokasi kejadian memandangkan kawasan tersebut hanya boleh dilalui menggunakan feri dan jalan balak.

"Jarak perjalanan mengambil masa enam jam untuk sampai ke lokasi kejadian," katanya.

sumber: Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China