Cari:
Malaysia Lancar My New School
2017-08-17 15:40:49 CRI Cetak
Program My New School diperluaskan dengan sembilan sekolah luar bandar dipilih untuk dinaik taraf ke arah kemudahan pembelajaran dan menjadikan sekolah sebagai hab komuniti.

Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, program berkenaan selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) yang menetapkan bahawa penglibatan ibu bapa dan komuniti diperkasakan dalam sistem pendidikan.

Katanya, program dengan inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) itu membolehkan pihak sekolah mempunyai hubungan erat selain kerjasama utuh dengan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG), ibu bapa, Kumpulan Penggerak Sarana Ibu Bapa (KPSK), komuniti dan agensi terlibat.

"Program My New School dirintis pada 2016 di Sabah dan Sarawak. Tahun ini diteruskan ke Kedah, Melaka, Pahang dan Negeri Sembilan.

"Sebanyak RM6 juta diperuntukkan bagi pembinaan fizikal semua sekolah berkenaan," katanya kepada pemberita selepas Pelancaran My New School di Sekolah Kebangsaan (SK) Datin Fatimah, Pedu hari ini.

Katanya, di Kedah program itu melibatkan sekolah SK Datin Fatimah dan SK Paya Rawa, Pendang.

sumber: Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China