Cari:
Filipina Terus Anjur SEA 2019
2017-08-18 15:56:54 CRI Cetak

Filipina memutuskan terus menganjurkan Sukan Asia Tenggara (SEA) 2019, hampir sebulan selepas mengumumkan penarikan diri daripada sukan tersebut.

Menteri Luar, Alan Peter Cayetano dipilih sebagai pengerusi jawatankuasa penganjur sukan itu.

Cayetano dalam sidang media semalam menyatakan bahawa atlet-atlet akan berkesempatan mempamerkan kemahiran dan bakat mereka melalui sukan SEA, yang turut memberi peluang kepada Filipina untuk memaparkan imej baharu.

Pada 22 Julai lalu, Filipina menarik diri daripada menjadi tuan rumah sukan SEA berikutan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan di Mindanao, selatan negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China