Cari:
Pelajar, Pensyarah China Sertai Program Pertukaran Budaya di Malaysia
2017-08-18 09:53:33 CRI Cetak
Seramai 20 pelajar serta lima pensyarah Kolej Kejuruteraan Elektronik Chongqing, China menyertai Program Anak Angkat Pelajar China di Kampung Parit Baru Pekan selama dua hari bermula semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Parit Baru Pekan, Nor Asmadi Mohd. Yahya berkata, program itu merupakan julung kalinya diadakan di kampung berkenaan yang dianjurkan secara bersama antara pihaknya dengan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Selangor. 


"Ini merupakan program julung kali kami menerima pelajar antarabangsa iaitu dari negara China di kampung ini. Antara lain tujuan program ini bagi memberi pendedahan serta pertukaran budaya antara para peserta dengan penduduk kampung ini," katanya. 


Tambah Nor Asmadi, selain aktiviti beramah mesra, pihaknya turut memperkenalkan para pelajar dan pensyarah kolej itu dengan pelbagai masakan tradisional dan budaya masyarakat tempatan seperti persandingan, seni mempertahankan diri, peralatan muzik serta tarian. 


"Selain itu, para pelajar dari China turut menunjukkan budaya mereka termasuklah pakaian tradisional masing-masing.

"Para peserta juga turut dibawa melawat kawasan penempatan nelayan serta pusat industri kecil dan sederhana (IKS) di kampung itu," ujarnya yang turut menyatakan program itu turut disertai Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohd. Fasiah Mohd. Fakeh.

sumber: Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China