Cari:
China, Filipina Mahu Perkasa Kerjasama Media
2017-08-19 15:51:31 CRI Cetak

Media China dan Filipina diharap terus memperkasakan kerjasama pragmatik.

Demikian dinyatakan oleh Naib Pengarah Jabatan Penerangan, Dewan Negara China, Guo Weimin dalam pertemuan dengan Setiausaha Komunikasi Presiden Filipina, Martin Andanar di Manila semalam.

Guo berkata, hubungan China-Filipina telah kembali ke landasan betul dan kini berkembang sihat dan stabil, manakala kerjasama dalam pelbagai bidang membawa manfaat besar kepada rakyat kedua-dua negara.

Di samping itu, kerjasama dalam bidang kewartawanan juga berkembang pesat, dan membantu menyediakan suasana yang baik kepada hubungan dua hala.

Andanar pula berkata, kerjasama dan interaksi antara media kedua-dua negara memberi banyak manfaat kepada Filipina.

Filipina bersedia melaksanakan sepenuhnya persepakatan dalam meningkatkan pertukaran sosiobudaya, memperkenalkan pembangunan sosioekonomi dan budaya serta inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) China kepada rakyat Filipina.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China