Cari:
Projek Kereta Api China-Thailand Bakal Bermula
2017-08-20 15:55:26 CRI Cetak

Projek kerjasama pembinaan landasan kereta api China-Thailand dijangka dilancarkan pada Oktober tahun ini.

Menurut pengumuman Kedutaan Besar China di Thailand semalam, dalam mesyuarat ke-20 Suruhanjaya Bersama Kerjasama Projek Kereta Api China-Thailand yang diadakan pada 15 hingga 17 Ogos lalu, kedua-dua pihak telah menyelesaikan rundingan mengenai kontrak reka bentuk dan harga kontrak penyeliaan bagi projek fasa pertama melibatkan laluan dari Bangkok ke Nakhon Ratchasima.

Naib Pengarah Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China, Wang Xiaotao dan Menteri Pengangkutan Thailand, Arkhom Termpittayapaisith meminta supaya pasukan kerja kedua-dua pihak terus berusaha bagi membolehkan penandatanganan kontrak berkenaan pada awal bulan September. 

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China