Cari:
Lee Hsien Loong: E-bayar China Terdepan di Dunia
2017-08-22 14:13:26 CRI Cetak

China terdepan di dunia dalam penggunaan platform pembayaran elektronik atau e-bayar, dan Singapura sedang berusaha menggalakkan kemajuan serupa di negaranya sendiri.

Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong semasa perhimpunan sempena sambutan Hari Kebangsaan, 20 Ogos lalu.

Lee berkata, kini penggunaan wang tunai dilihat sebagai ketinggalan zaman di banyak bandar besar di China, bahkan kad kredit juga semakin jarang digunakan. Platform e-bayar Wechat atau Alipay menjadi pilihan ramai.

Kata PM itu, meskipun terdapat platform e-bayar di Singapura, namun sistem yang diguna pakai sekarang tidak bersepadu dan tidak begitu memudahkan pengguna, dengan kos operasi yang membebankan peniaga.

Menurut Lee, Singapura sedang berusaha membaiki keadaan tersebut menerusi langkah-langkah oleh bank pusat, dan akan memperkenalkan kod dua dimensi bagi menjamin kemudahan dan keselamatan transaksi e-bayar tidak lama lagi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China