Cari:
Mesyuarat ke-6 Dialog Naib Perdana Menteri China-Indonesia
2017-08-22 11:12:54 CRI Cetak

Mesyuarat ke-6 Mekanisme Dialog Peringkat Naib Perdana Menteri China-Indonesia telah diadakan di Beijing semalam, dipengerusikan bersama oleh Ahli Dewan Negara China, Yang Jiechi dan Menteri Koordinator Bidang Politik, Hukum dan Keamanan Indonesia, Wiranto.

Kedua-dua pihak menekankan pentingnya menggalakkan perkongsian strategik komprehensif antara satu sama lain berkembang ke tahap lebih mendalam dan meliputi bidang lebih luas, menurut persepakatan penting yang dicapai Presiden Xi Jinping dan Joko Widodo.

China dan Indonesia akan mengekalkan pertukaran lawatan peringkat tinggi dan komunikasi yang kerap mengenai isu-isu melibatkan hubungan dua hala, meningkatkan penyelarasan strategi pembangunan dan kerjasama dalam pembangunan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R), selain memperkasakan kerjasama dalam bidang pertahanan, penguatkuasaan undang-undang, antikeganasan, antidadah, ruang siber, urusan maritim dan angkasa lepas.

Kedua-dua pihak juga bersetuju memelihara bersama kestabilan dan kedamaian kawasan Laut China Selatan dan rantau ini, menggalakkan perkembangan terus hubungan China-ASEAN dan Kerjasama Asia Timur di samping meningkatkan komunikasi dan penyelarasan dalam mekanisme pelbagai hala antarabangsa dan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China