Cari:
Empat Novel Klasik China Versi Bahasa Melayu Dilancarkan di Beijing
2017-08-23 16:52:37 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Sidang promosi untuk melancarkan empat novel klasik China versi bahasa Melayu diadakan hari ini sempena Ekspo Buku Antarabangsa Beijing 2017.

Pengerusi Pusat Kebudayaan Han Malaysia, Datuk Goh Hin San dalam sidang itu berkata, empat novel klasik China tersebut merupakan warisan budaya yang tidak ternilai, dan penerbitan versi bahasa Melayu ini setelah penterjemahan yang memakan masa selama 30 tahun, turut memperkayakan budaya Malaysia.

Hikayat Mimpi Rumah Agam Merah, Hikayat Pinggir Air, Hikayat Tiga Negara dan Hikayat Jelajah ke Barat versi bahasa Melayu diterbitkan bersama oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Zhejiang Ancient Books Publishing House (ZJGUJI), Persatuan Penterjemahan dan Penulisan Kreatif Malaysia (Perspektif), dan Pusat Kebudayaan Han Malaysia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China