Cari:
Zhang Dejiang Ditemui Wiranto, Darmin Nasution
2017-08-23 14:47:23 CRI Cetak

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China, Zhang Dejiang ditemui Menteri Koordinator Bidang Politik, Hukum dan Keamanan Indonesia, Wiranto yang menghadiri Mesyuarat ke-6 Mekanisme Dialog Peringkat Naib Perdana Menteri China-Indonesia dan Menteri Koordinator Bidang Perekonomian, Darmin Nasution di Dewan Besar Rakyat di Beijing, semalam.

Zhang menyatakan bahawa hubungan China-Indonesia berkembang amat baik pada masa ini. Presiden Xi Jinping dan Presiden Joko Widodo dalam beberapa pertemuan telah mencapai banyak konsensus penting yang menetapkan hala tuju hubungan bilateral.

China bersedia bersama-sama dengan Indonesia melaksanakan persepakatan kedua-dua pemimpin itu, mengeratkan pertukaran lawatan peringkat tinggi, meningkatkan penyelarasan strategi pembangunan, mengintensifkan kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang, memperkukuh dasar masyarakat yang muhibah dan mendorong perkembangan perkongsian strategik komprehensif.

NPC mahu meningkatkan pertukaran dan kerjasama dengan badan perundangan Indonesia, menyediakan suasana undang-undang dan sistem yang baik bagi menjalankan kerjasama pragmatik di samping terus memperkukuh persahabatan kalangan rakyat.

Wiranto dan Darmin Nasution turut menyatakan kesediaan Indonesia untuk memperdalam kerjasama dengan China dalam bidang politik, keselamatan dan ekonomi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China