Cari:
Kemboja, Chris Energy Capai Perjanjian Teroka Minyak
2017-08-24 14:40:41 CRI Cetak

Kerajaan Kemboja dan syarikat Chris Energy yang beribu pejabat di Singapura semalam menandatangani perjanjian untuk meneroka Blok A ladang minyak di perairan Kemboja.

Ini merupakan langkah pertama yang penting bagi Kemboja untuk mengeksploitasi sumber minyaknya.

Menurut perjanjian yang dicapai di Phnom Penh itu, Chris Energy perlu menyelesaikan pembinaan infrastruktur berkenaan dan mengambil keluar tong pertama minyak mentah dalam tempoh 24 bulan akan datang.

Sebanyak 30 juta tong minyak mentah dijangka akan dihasilkan pada fasa penerokaan 1A dan 1B di Blok A ladang minyak tersebut.

Kemboja membahagikan ladang minyak dan gas aslinya kepada enam blok, dengan Blok A dikatakan mempunyai takungan minyak dan gas asli paling besar di kedalaman kira-kira 50 hingga 80 meter.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China