Cari:
Konsul China Kerjasama dengan Media Indonesia
2017-08-24 15:01:59 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Media Indonesia diharap dapat menjadi jambatan dan menyampaikan semangat positif agar mengintensifkan kerjasama muhibah antara China dengan Indonesia yang telah dijalankan sejak sekian lama.

Demikian dinyatakan oleh Konsul Jeneral China ke Denpasar, Indonesia, Hu Yinquan baru-baru ini.

Hu Yinquan berkongsi pandangan dan mencapai beberapa persepakatan untuk bekerjasama dengan petugas-petugas dari cawangan Stesen Televisyen Indonesia di pulau Bali, akhbar Bali Radar dan cawangan Agensi Berita Antara di pulau Bali dalam tempoh lawatan beliau ke ketiga-tiga media tersebut pada 21 hingga 22 Ogos lalu,

Presiden cawangan Stesen Televisyen Indonesia di pulau Bali berkata, stesennya bersedia memperkenalkan adat resam dan budaya China yang sebenar dan berwarna-warni kepada masyarakat Indonesia. Pihaknya juga berharap dapat bekerjasama dengan Konsulat Jeneral China ke Denpasar untuk menyiarkan rakaman video pelajaran bahasa Mandarin kepada penduduk tempatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China