Cari:
Pelancaran LCS Pertama Malaysia
2017-08-25 10:53:40 CRI Cetak

Pelancaran kapal pertama daripada enam unit Kapal Tempur Pesisir (LCS) yang dibina untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di limbungan Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BN Shipyard) di Lumut semalam merupakan sebahagian daripada usaha Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperkukuhkan lagi tahap kesiapsiagaan dan keberkesanannya.

Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, selain enam LCS tersebut, TLDM menerusi Pelan Tranformasi 15 to 5 juga akan memperoleh empat buah Kapal Misi Pesisir (LMS) dari China yang kini pembinaannya mengikut perancangan serta berjalan lancar.

Jelas beliau, perkembangan situasi keselamatan sejagat dan serantau ketika ini menyebabkan keupayaan dan kekuatan pasukan maritim khususnya dari aspek aset dan kelengkapan turut menjadi kritikal terutama keupayaan untuk pemantauan dan pencegahan pencerobohan.

"Meskipun perancangan dibuat dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu dan banyak keka­ngan terpaksa dihadapi tetapi ke­rana pendekatan agak kreatif daripada TLDM, kita dapat pastikan apa jua yang dihadapi tidak menjejaskan peranan dan tanggungjawab untuk memastikan TLDM dibekalkan aset mencukupi bagi menghadapi ancaman terkini.

"Aset terbaharu kita ini merupakan yang tercanggih di Asia Tenggara. Ini kerana kita sentiasa mengambil kira ancaman yang dihadapi hari ini khususnya dalam konteks Daesh dan ancaman lain,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran kapal pertama daripada enam unit LCS yang disempurnakan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

sumber: Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China