Cari:
Rizab Antarabangsa BNM RM431 Bilion
2017-08-25 13:33:17 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kedudukan rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$100.4 bilion (RM431.0 bilion) menunjukkan pengurusan BNM yang baik kepada aras kukuh.

Beliau berkata, paras rizab itu adalah selaras dengan standard antarabangsa.

BNM dalam satu kenyataan kelmarin berkata, paras rizab yang dicatatkan pada 15 Ogos lalu itu memadai untuk membiayai 7.9 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Pada 31 Julai lalu, paras rizab itu dicatatkan pada AS$99.4 bi­lion (RM427 bilion).

sumber: Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China