Cari:
Malaysia Memperoleh Peng­iktirafan Program Prapelepasan
2017-08-25 13:59:43 CRI Cetak
Malaysia memperoleh peng­iktirafan daripada kerajaan Arab Saudi a­pabila dipilih menjadi negara pertama di dunia menjalankan program prapelepasan (preclearance) jemaah haji pada tahun ini.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, program tersebut membolehkan jemaah haji diberi prapelepasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas dan mereka tidak perlu menjalankan proses pemeriksaan pasport dan kastam di Mekah dan Madinah.

Apabila sampai di Jeddah atau Madinah nanti jemaah akan dapat terus keluar dari lapa­ngan terbang tanpa perlu melalui pemeriksaan pasport dan kastam.

"Ini adalah satu projek perintis di mana Malaysia dipilih sebagai negara pertama yang dibenarkan untuk melakukan program ini oleh kerajaan Arab Saudi dan program ini merupakan satu pengiktirafan yang sangat bermakna kepada kerajaan Malaysia" kata Najib.

Pada tahun ini seramai 30,200 jemaah haji Malaysia akan berada di Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah haji dan umrah dalam Musim Haji 1438 Hijrah.

Sebanyak 112 penerbangan yang membawa jemaah haji ke Madinah dan Mekah secara berperingkat dengan penerbangan akhir pada 26 Ogos ini.

Menurut Perdana Menteri, program prapelepasan itu akan membabitkan tujuh penerbangan akhir ke Mekah dan Madinah bermula hari ini hingga Ahad.

sumber: Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China