Cari:
Bekas Pegawai Kerajaan Yingluck Dijatuhi Hukuman Penjara Lebih 30 Tahun
2017-08-26 15:37:03 CRI Cetak

Mahkamah Tertinggi Thailand mengumumkan keputusan kes jual beli beras oleh pegawai kerajaan dan pedagang dalam tempoh pemerintahan Yingluck Shinawatra. Kecuali dua defendan yang melarikan diri, 26 dedendan lain dijatuhi hukuman. Antaranya, bekas Menteri Perdagangan Boonsong Teriyapirom dijatuhi hukuman penjara 42 tahun.

Mahkamah Tertinggi Thailand juga menjatuhkan hukuman penjara 36 tahun terhadap Poom Sarapol selaku Naib Menteri Perdagangan kerajaan Yingluck, hukuman penjara 40 tahun terhadap Manas Soiploy selaku Ketua Pengarah Jabatan Perdagangan Luar Kementerian Perdagangan. Selain itu, pedagang beras Apichart Chansakulporn dikenakan hukuman penjara 48 tahun.

Semua defendan, kecuali dua yang melarikan diri, memilih menafikan dakwaan terhadap mereka.

Keputusan kes pembelian beras Yingluck yang dijadualkan diumumkan pada hari yang sama terpaksa ditangguhkan ke 27 September kerana Yingluck tidak hadir dalam mahkamah.

Mahkamah Tertinggi Thailand mengemukakan waran tangkap terhadap Yingluk yang dilaporkan telah melarikan diri dari Thailand, menurut sumber yang belum disahkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China