Cari:
71 Maut, Serangan Ganas di Myanmar
2017-08-26 14:37:32 CRI Cetak

Seramai 71 orang maut dalam serangan keganasan serta pertempuran berikutnya antara pengganas dengan polis dan tentera di negeri Rakhine, Myanmar. Yang demikian diumumkan oleh Tentera Pertahanan Myanmar dan kerajaannya petang semalam.

Menurut taklimat yang dikeluarkan Pejabat Menteri Penasihat Negara Myanmar semalam, sebanyak 30 buah balai polis dan pos tentera di Maungdaw, negeri Rakhine mengalami serangan kumpulan pengganas pada subuh semalam. Akibatnya, 10 orang polis, seorang anggota tentera dan seorang pegawai jabatan imigran maut dan 11 orang lagi polis dan askar cedera, dengan tiga daripadanya cedera parah. Manakala seramai 59 pengganas ditembak mati dan seorang ditangkap.

Menurut taklimat Markas Tentera Pertahanan Myanmar petang semalam, pertempuran dengan kumpulan pengganas di Rakhine masih diteruskan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China