Cari:
Guterres Kecam Serangan di Rakhine, Myanmar
2017-08-26 14:52:09 CRI Cetak

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres semalam mengeluarkan kenyataan melalui jurucakapnya untuk mengecam sekeras-kerasnya serangan keganasan yang berlaku di negeri Rakhine, Myanmar.

Stephane Dujarric sebagai jurucakap Setiausaha Agung PBB dalam kenyataan itu menyatakan bahawa Guterres menyampaikan rasa simpati kepada keluarga mangsa yang terkorban dan berharap mereka yang cedera dapat sembuh dengan secepat mungkin. Beliau dengan perkataan sekeras-kerasnya mengecam serangan bersenjata yang berlaku di negeri Rakhine, Myanmar, dan berharap orang yang mencetuskan kejadian keganasan ini ditangkap dan dijatuhi hukuman dengan secepat mungkin.

Kenyataan itu menyatakan bahawa Guterres sentiasa memberikan perhatian kepada situasi di Rakhine, Myanmar dan amat bimbang akan situasi yang semakin serius di kawasan itu. Beliau menegaskan bahawa perlu mengenalpasti punca keganasan dan juga menegaskan peri pentingnya untuk meredakan ketegangan perkauman. Beliau menyeru pelbagai kaum di Rakhine memilih jalan damai. Serentak itu, pasukan keselamatan perlu sentiasa memelihara keselamatan rakyat jelata dalam operasi memerangi pengganas.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China