Cari:
Myanmar, Vietnam Jalin Perkongsian Kerjasama Komprehensif
2017-08-27 15:03:04 CRI Cetak

Atas undangan Presiden Myanmar, Htin Kyaw, Setiausaha Agung Jawatankuasan Pusat Parti Komunis Vietnam (CPV) Nguyen Phu Trọng mengadakan lawatan rasmi ke Myanmar pada 24 hingga 26 Ogos ini. Ini merupakan kali kedua lawatan setiausahan agung CPV ke Myanmar dalam tempoh 20 tahun lalu. Kedua-dua pihak mengeluarkan kenyataan bersama di Naypyitaw semalam yang memutuskan menjalin Perkongsian Kerjasama Komprehensif.

Menurut kenyataan itu, penjalinan Perkongsian Kerjasama Komprehensif yang bertujuan untuk menyempurnakan mekanisme kerjasama dua hala, merealisasikan perjanjian yang tercapai dan mencari peluang kerjasama di bawah rangka "Piagam PBB", "Piagam ASEAN" dan "Perjanjian Kerjasama dan Persahabatan Asia Tenggara", dilihat akan meningkatkan persahabatan tradisional kedua-dua negara ke tahap yang baharu.

Kedua-dua pihak Myanmar dan Vietnam bersedia meningkatkan kerjasama dalam politik, pertahanan dan keselamatan, ekonomi, sosial, kebudayaan , komunikasi kalangan rakyat dan lain-lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China