Cari:
Tentera Filipina Berjaya Halang Militan ke Marawi
2017-08-29 14:06:25 CRI Cetak

Tentera kerajaan Filipina berjaya menghancurkan cubaan penambahan anggota militan ke bandar Marawi dengan menghalang sekumpulan militan yang ingin memasuki bandar itu melalui laluan air semalam.

Menurut kenyataan tentera Filipina, pihaknya telah meningkatkan rondaan di Tasik Ranau di selatan bandar Marawi. Mereka menemui dua bot yang membawa anggota kumpulan militan menuju ke bandar berkenaan pada awal pagi semalam.

Selepas bertempur selama tiga jam, tentera kerajaan berjaya menewaskan kumpulan militan, merampas sebuah bot dengan tiga mayat dan satu raifel. Satu lagi bot didapati karam ketika melarikan diri. Sekurang-kurangnya lima anggota militan maut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China