Cari:
Pejuang Rohingya serang pondok polis
2017-08-29 15:04:17 CRI Cetak
Tentera Myanmar mendakwa kumpulan pejuang Rohingya telah me­lakukan satu siri serangan te­rancang ke atas beberapa buah pondok polis di Maungdaw, utara negeri Rakhine semalam bertujuan menyemarakkan la­gi keganasan bagi memusnahkan sepenuhnya bandar itu.

Keadaan itu menyaksikan orang awam terutamanya penduduk Buddha melarikan diri secara besar-besaran dalam ke­ganasan yang terburuk berlaku di Rakhine bagi tempoh lima dengan jumlah korban dikatakan meningkat kepada 104 orang manakala kumpulan-kumpulan bantuan terpaksa mengeluarkan kakitangan mereka daripada negeri ber­kenaan.

Agensi berita Xinhua yang memetik kenyataan Pejabat Kaunselor Negeri mendakwa beratus-ratus pejuang dikenali sebagai Tentera Keselamatan Arakan Rohingya (ARSA) dalam beberapa kejadian te­lah meletupkan bom buatan sendiri dan membakar beberapa buah kampung dan me­­­­n­yerang lebih 10 pondok polis.

Serangan ke atas pondok polis itu melibatkan premis itu yang terletak di Nga­yantchaung, Minkhamoung, Yeaung Chaungwa, Taungpyo-Letwe, Nwayontaung dan Kyaukhlaygar yang kesemua­nya di Maungdaw.

Bersenjatakan bom buatan sendiri, kayu, tombak dan pedang, penjuang dikatakan menyusup masuk ke beberapa buah kampung dan pondok polis sebelum dipatahkan oleh pihak berkuasa.

Difahamkan setakat ini, seorang anggota keselamatan dilaporkan hilang dan sekurang-kurangnya 500 kakitangan ke­­­ra­jaan dan pertubuhan bukan kerajaan melarikan diri ke ibu negeri Sittway dalam tempoh tiga hari berlakunya keganasan di Rakhine.

sumber: Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China