Cari:
Misi China ke ASEAN Ditemui Presiden ERIA
2017-08-31 14:01:48 CRI Cetak

Kuasa Usaha Sementara Misi China ke ASEAN, Jiang Qin ditemui Presiden Institut Penyelidikan Ekonomi ASEAN dan Asia Timur (ERIA), Hidetoshi Nishimura di Jakarta semalam.

Kedua-dua pihak telah bertukar-tukar pendapat tentang pembangunan Komuniti Ekonomi ASEAN, integrasi ekonomi Asia Timur, perkembangan rundingan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), dan penyelarasan antara Inisiatif Jalur dan Laluan (B&R) dengan strategi pembangunan ASEAN.

Jiang Qin berkata, ERIA merupakan institut penyelidikan ekonomi yang penting di Asia Timur dan telah membuat sumbangan besar bagi penubuhan Komuniti ASEAN dan integrasi ekonomi Asia Timur. China akan terus menyokong usaha ERIA dan berharap dapat meningkatkan penyelidikan bersama tentang hubungan Inisiatif B&R dengan Pelan Induk Kesalinghubungan ASEAN 2025. 

Nishimura pula berkata, pihaknya bersedia meningkatkan kerjasama dengan China dalam ekonomi dan perdagangan, sumber tenaga dan lain-lain agar menggalakkan kerjasama ekonomi rantau Asia Timur.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China