Cari:
Ekonomi Asia Tengara Tumbuh Baik
2017-08-31 15:04:18 CRI Cetak

Ekonomi di rantau Asia Tenggara menampakkan prestasi yang amat menggalakkan ekoran kadar pertumbuhan ekonomi negara-negara tersebut pada suku tahun kedua lebih tinggi berbanding dengan unjuran.

Kadar pertumbuhan ekonomi Filipina mencatat 6.5 peratus dan ini paling tinggi dalam negara-negara Asia Tenggara.

Kadar pertumbuhan Malaysia pula mencatat 5.8 peratus dan membaharui rekod tertinggi dalam tempoh lebih dua tahun lalu. Oleh itu, bank pusat Malaysia segera menaikkan unjuran kadar pertumbuhan tahun ini kepada 4.8 peratus.

Kadar pertumbuhan ekonomi Thailand pula mencatat 3.7 peratus, tahap paling tinggi bagi negara itu dalam tempoh lebih empat tahun lalu. Ini disebabkan eksport yang mantap, sektor pelancongan yang berkembang pesat serta nilai mata wang Baht yang stabil.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China