Cari:
Forum Antarabangsa "Kerjasama B&R dengan Subrantau Mekong" di Chiangmai
2017-09-03 15:12:03 CRI Cetak

Forum Antarabangsa "Kerjasama Inisiatif 'Jalur & Laluan (B&R) dengan Subrantau Sungai Mekong" yang dianjurkan bersama oleh Konsulat Jeneral China di Chiangmai, Universiti Chiangmai dan Universiti Mea Fah Luang (MFU) dirasmikan pada 1 September lalu. Lebih 400 sarjana dan wakil dari China dan Thailand menyertai forum itu.

Konsul Jeneral China ke Chiangmai, Ren Yisheng menyatakan, inisiatif B&R menyediakan platform kerjasama penting bagi membina komuniti berkongsi masa depan di Asia. China mengalu-alukan negara-negara di kawasan subrantau Sungai Mekong berkongsi peluang pembangunan China. Thailand merupakan negara penting dalam Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21, maka kerjasama China-Thailand berpotensi bersar.

Naib Menteri Luar Thailand, Vitavas Srivihok menyatakan, Thailand menyanjung tinggi Inisiatif B&R yang dikemukakan oleh China dan akan aktif melibatkan diri dalam pembinaan inisitif itu. Negaranya akan membina

"koridor pintar", mempercepat pembinaan prasarana, meningkatkan interaksi kebudayaan dengan rakyat pelbagai negara jiran, dan membawa lebih banyak faedah kepada rakyat rantau ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China