Cari:
Thailand Bangunkan Pengangkutan Kargo Guna Kereta Api
2017-09-04 11:43:32 CRI Cetak

Kerajaan Thailand komited membangunkan sistem pengangkutan kargo menggunakan perkhidmatan kereta api pada masa akan datang, bagi mengurangkan kos pengangkutan dan pencemaran alam sekitar.

Menurut pegawai Kementerian Pengangkutan Thailand, kos pengangkutan menggunakan kereta api hanya 0.95 baht satu tan per kilometer, lebih rendah berbanding 2.12 baht yang diperlukan melalui jalan raya.

Oleh yang demikian, Thailand akan menyempurnakan lagi jaringan landasan kereta api.

Di samping itu, Thailand berharap landasan kereta api yang menghubungkan provinsi Yunnan, China dengan Laos dapat dilanjutkan ke Chiang Khong, Thailand. Perkara ini dianggap signifikan bagi mewujudkan kesalinghubungan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China