Cari:
Malaysia Sokong Pendekatan Holistik Tangani Krisis Myanmar
2017-09-04 14:36:48 CRI Cetak
Malaysia menyokong saranan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), António Guterres supaya pasukan keselamatan Myan­mar mengambil pendekatan holistik dalam menangani krisis di wilayah Rakhine.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia turut menggesa negara itu untuk bertenang dan menyekat kezaliman.

"Situasi buruk yang menimpa saudara-saudara Rohingya kita harus dikurangkan untuk kebaikan Myanmar dan rantau ini," katanya dalam status Facebook yang dimuat naik Ahad lalu.

Baru-baru ini, Guterres telah mengutuk serangan terhadap penduduk Rohingya oleh pasukan keselamatan Myanmar pada 25 Ogos lalu.

Menekankan pentingnya menyelesaikan insiden ganas itu, Guterres menyatakan bahawa kerajaan Myanmar bertanggungjawab menyediakan bantuan dan keselamatan kepada mereka yang memerlukan.

Guterres juga menyuarakan sokongannya terhadap cadangan oleh bekas Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan dan beliau menggesa kerajaan Myanmar untuk melaksanakannya secara efektif.

Guterres juga menggesa Bangladesh untuk terus membiarkan orang Rohingya berlindung di Bangladesh selain menggelarkan negara itu sebagai rumah pencari suaka dari Myanmar dalam tempoh beberapa dekad lamanya.

sumber: Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China