Cari:
Malaysia Rangga Ke-29 GPI
2017-09-04 14:48:12 CRI Cetak
Malaysia tersenarai di tangga ke-29 daripada 163 buah negara dalam Indeks Keamanan Dunia (GPI) menerusi kajian terbitan Institut Ekonomi dan Keamanan (IEP) pada tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Joseph Kurup berkata, peningkatan satu anak tangga berbanding ke-30 tahun lalu membuktikan kejayaan Malaysia dalam memastikan kedamaian dan keamanan dipelihara.

"Rakyat di negara ini sewajar­nya bersyukur dengan keamanan dicapai berbanding di negara lain yang berlaku rusuhan sehingga menggugat kestabilan politik dan kesejahteraan sejagat.

"Keamanan merupakan perancangan kepemimpinan masa lampau serta kestabilan politik menerusi usaha serta perancangan pada hari ini," katanya.

Menurut Joseph, kedudukan Malaysia menerusi GPI ber­kenaan membuktikan rakyat berbilang bangsa menghayati perpaduan dan solidariti yang kukuh berbanding dengan negara lain.

"Mekanisme mewujudkan perpaduan yang berjaya di Malaysia mendapat pujian pemimpin negara lain malah dicontohi dalam usaha mencorakkan keamanan menerusi kesatuan rakyat ber­kenaan," katanya.

sumber: Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China