Cari:
Ketua Pembangkang Kemboja Dituduh Khianat
2017-09-06 14:41:17 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Pendakwa raya Kemboja memfailkan tuntutan mahkamah terhadap Presiden Parti Penyelamat Kebangsaan (CNRP), Kem Sokha atas tuduhan khianat, berdasarkan Fasal 443 Undang-Undang Jenayah negara itu.

Menurut kenyataan pihak pendakwa raya, Kem Sokha ditahan pada pagi 3 September lalu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan mengkhianati negara. Bukti-bukti menunjukkan Kem Sokha berkomplot dengan kuasa asing sejak tahun 1993, dalam percubaan menggulingkan kerajaan Kemboja.

Akhbar "The Commercial News" melaporkan, jika didapati bersalah, Kem Sokha akan dijatuhi hukuman penjara 15 hingga 30 tahun. Waran tangkap turut dikeluarkan terhadap lima suspek lain yang terlibat dalam kes berkenaan, termasuk anak perempuan sulung Kem Sokha yang mempunyai hubungan rapat dengan pegawai Agensi Perisikan Pusat (CIA) AS.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China