Cari:
Media Thailand Puji Pendirian China
2017-09-07 15:59:46 CRI Cetak

Pertemuan ke-9 pemimpin negara-negara BRICS yang baru berakhir serta ucapan Presiden China, Xi Jinping dalam pertemuan tersebut, menjadi tumpuan media Thailand.

Portal berita Thailand menerbitkan rencana pengarang yang menyebut, Presiden Xi dalam ucapannya pada dialog antara pasaran baru muncul dengan negara-negara membangun menyatakan bahawa ekonomi dunia semakin pulih, namun masih wujud risiko kemerosotan dan faktor ketidaktentuan.

Beliau turut mengemukakan beberapa saranan untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut, iaitu dengan tegas menyokong sistem perdagangan multilateral, menentang perlindungan perdagangan dan menggalakkan globalisasi ekonomi. Saranan tersebut mendapat reaksi positif pelbagai negara termasuk Thailand.

Sebuah radio berita di Bangkok pula melaporkan, dalam sidang kemuncak BRICS di Xiamen, Presiden Xi sekali lagi menegaskan peri pentingnya menggalakkan globalisasi ekonomi yang terbuka, inklusif, seimbang dan saling menguntungkan, serta pendirian menentang perlindungan perdagangan. Hal ini mencerminkan tekad China untuk mendorong globalisasi ekonomi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China