Cari:
Malaysia Tubuhkan Cendana Bangunkan Ekonomi Kebudayaan
2017-09-07 10:18:30 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan Agensi Pembangunan Ekonomi Kebudayaan (Cendana).

Beliau turut mengumumkan peruntukan awalan sebanyak RM20 juta kepada agensi tersebut bagi menggerakkan pembangunan sektor seni budaya di negara itu.

"Pada saya, sektor seni budaya adalah satu komponen yang berpotensi yang belum kita bangunkan secara optimum.

"Oleh itu, saya ingin mengisytiharkan industri seni budaya sebagai aset baharu negara," katanya berucap pada majlis pelancaran Cendana di Bangunan Perdana Putra, di Kuala Lumpur semalam.

Cendana, yang ditubuhkan kerajaan menerusi MyCreative Ventures adalah berpandukan wawasan untuk membina ekonomi kebudayaan yang pesat berkembang dan penuh inspirasi bagi Malaysia serta boleh dikongsi bersama seluruh rakyat Malaysia.

Cendana akan menumpukan usaha untuk menyokong pembangunan sektor seni dan budaya dalam industri kreatif serta mempromosikannya kepada khalayak yang lebih meluas.

sumber: Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China