Cari:
Mesyuarat Peringkat Menteri RCEP di Manila
2017-09-08 17:18:30 CRI Cetak

Mesyuarat peringkat menteri perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) bakal diadakan di Manila, Filipina esok.

Timbalan Menteri Perdagangan Filipina, Ceferino Rodolfo baru-baru ini menyatakan, rundingan itu tergendala akibat isu-isu yang menjadi pertikaian masih belum diselesaikan.

Beliau berkata, 10 negara ASEAN serta China, Jepun, Korea Selatan, Australia, New Zealand dan India masih belum mencapai persepakatan tentang taraf kebebasan perdagangan kargo.

Dalam bidang pelaburan dan perdagangan perkhidmatan pula, sesetengah negara mahu mekanisme ratchet dan layanan keutamaan automatik dimasukkan dalam RCEP.

Kedua-dua konsep tersebut mempunyai kuasa mengikat, yang mungkin akan mempengaruhi kefleksibelan dasar negara berkenaan.

Jawatankuasa Rundingan Perdagangan RCEP akan melancarkan rundingan pusingan terakhir pada Oktober nanti.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China