Cari:
Kursus Mandarin untuk Anggota Parlimen Thailand
2017-09-08 14:19:22 CRI Cetak

Insititut Konfusius Universiti Kasetsart (CIKU) Thailand menandatangani memorandum persefahaman(MoU) dengan Dewan Senat Thailand bagi menjalankan program kursus bahasa Mandarin.

Presiden Majlis Perundangan Thailand, Pornpech Wichitcholchai yang menyaksikan penandatanganan MoU itu berkata, Thailand dan China mengekalkan persahabatan kukuh sejak terjalinnya hubungan diplomatik 42 tahun lalu. Penandatanganan MoU itu merupakan langkah baharu dalam mempromosi pertukaran bahasa Mandarin, yang membantu memantapkan lagi hubungan dua hala.

Melalui program kerjasama itu, bahan pelajaran bahasa Mandarin akan disusun dan disediakan khusus untuk anggota dan staf Parlimen Thailand.

CIKU bertanggungjawab mengatur dan mengendalikan kursus berkenaan, di samping mengadakan aktiviti pertukaran seperti kaligrafi bagi membantu anggota Parlimen Thailand lebih memahami kebudayaan dan kesenian China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China