Cari:
Sarang Burung Walet Thailand Kembali ke Pasaran China
2017-09-09 14:14:22 CRI Cetak

Jabatan Pentadbiran Am Penyeliaan Kualiti, Pemeriksaan dan Kuarantin Negara (AQSIQ) China mengumumkan pada 28 Ogos lalu bahawa China membenarkan pengimportan produk sarang burung walet dari Thailand yang memenuhi piawaian ditetapkan kerajaan China.

Namun, menurut laporan Thai Rath, sarang burung walet merah masih dilarang untuk dieksport ke China.

Setakat ini, hanya terdapat dua syarikat pembekal sarang burung walet di Thailand yang mendapat pensijilan.

Pada tahun 2013, Malaysia menjadi negara pertama yang diizinkan mengeksport produk sarang burung walet ke China, diikuti Indonesia yang memperoleh kebenaran daripada kerajaan China pada November 2014.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China