Cari:
270 Ribu Rohingya Banjiri Bangladesh
2017-09-10 15:04:01 CRI Cetak

Kira-kira 270 ribu etnik Rohingya melarikan diri ke Bengladesh dalam tempoh dua minggu lalu sejak keganasan baharu meletus. Mereka, yang termasuk ramai wanita dan kanak-kanak, amat memerlukan bantuan makanan, kediaman dan ubat-ubatan.

Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) dalam kenyataan kelmarin berkata sebelum ini kira-kira 34 ribu penduduk Rohingya ditempatkan di kem pelarian di tenggara Bangladesh. Bagaimanapun, dalam tempoh dua minggu lalu, jumlah tersebut naik kepada lebih 70 ribu.

UNHCR menggesa agar tindakan segera diambil untuk menyelesaikan punca kebanjiran pelarian Rohingya ini dan memastikan mereka dapat pulang dengan selamat dan bermaruah.

Sejak 25 Ogos lalu, beberapa serangan pengganas di negeri Rakhine, Myanmar mengakibatkan lebih seratus orang terkorban. Situasi bergolak yang menyebabkan ramai penduduk Rohingya membanjiri Bangladesh melalui sempadan kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China