Cari:
Naib Pengerusi CPPCC Lawat Brunei, Kemboja
2017-09-10 16:12:26 CRI Cetak

Naib Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC), Wang Jiarui mengadakan lawatan ke Brunei Darussalam dan Kemboja baru-baru ini.

Lawatan itu atas undangan kerajaan Brunei Darussalam dan Dewan Senat Kemboja.

Dalam pertemuan dengan Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah, Wang Jiarui berkata, China mengalu-alukan Sultan Hassanal Bolkiah melawat ke China dan menghadiri Ekspo China-ASEAN.

China bersedia berusaha bersama-sama Brunei meningkatkan penyelarasan strategi pembangunan, memperluas kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang, sekali gus melonjakkan hubungan kedua-dua negara ke tahap baharu.

Sultan Hassanal Bolkiah pula menyampaikan hasrat baginda untuk mendorong kerjasama strategik Brunei-China mencapai kemajuan lebih besar melalui lawatan ke China tidak lama lagi.

Semasa ditemui Presiden Dewan Senat, Presiden Perhimpunan Kebangsaan dan Perdana Menteri Kemboja, Wang Jiarui menyatakan bahawa China menyokong Kemboja mengamalkan jalan pembangunan yang selaras dengan keadaan sendiri, serta usahanya untuk melindungi keselamatan dan kestabilan negara dan memperbaiki kehidupan rakyat.

China bersedia terus mengintensifkan kerjasama strategik yang menguntungkan rakyat kedua-dua negara.

Pihak Kemboja pula menyatakan kesediaannya untuk meningkatkan kerjasama saling menguntungkan dengan China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China