Cari:
B&R Sediakan Pasaran Pelancongan yang Semakin Luas bagi ASEAN
2017-09-11 16:20:08 CRI Cetak

Naib Pengerusi Jabatan Pentadbiran Pelancongan Kebangsaan China (CNTA), Wang Xiaofeng menyatakan baru-baru ini, Inisiatif Jalur&laluan (B&R) akan menyediakan pasaran pelancongan yang semakin luas kepada pelbagai negara ASEAN, menggalakkan pembangunan sosioekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat serantau.

Demikian dinyatakan oleh beliau dalam Forum Datuk Bandar China-ASEAN yang diadakan di Nanning, Wilayah Autonomi Guangxi China pada 9 Semptember lalu.

Wang berkata, sejak inisiatif B&R dikemukakan pada empat tahun yang lalu, China berturut-turut melaksanakan dasar mengecualikan visa terhadap pelancong yang memegang tiket ke destinasi negara ketiga yang transit bagi tempoh 72 jam di 18 kastam China. Dalam pada itu, negara ASEAN juga mengeluarkan pelbagai polisi untuk menarik pelancong asing dan berusaha menjadi destinasi pelancongan termasyhur di arena antarabangsa.

Tambah beliau, kerajaan China sedang giat melaksanakan rancangan menggalakkan penggunaan dan pelaburan pelancongan, dan menyediakan sumber pelancongan kepada pelbagai negara yang terlibat dalam Inisiatif B&R.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China