Cari:
Malaysia Perkenalkan Lapan Strategi Pengurusan Air
2017-09-11 14:43:50 CRI Cetak
Malaysia memperkenalkan lapan strategi pengurusan air bagi memastikan bekalan sumber semula jadi berharga itu dapat dinikmati oleh generasi masa depan.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili berkata, strategi itu membabitkan pengurusan permintaan air, pengurusan air tidak terhasil, peraturan penggunaan peralatan lebih efisien, audit air dan sumber alternatif air.

"Bagi memastikan tiada lagi halangan yang menjadikan air sebagai satu sumber berharga, memerlukan amalan terbaik dan aplikasi berkesan yang memberi fokus kepada pembangunan semasa dan isu pengurusan air," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan IWA-Aspire 2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.

sumber: Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China