Cari:
Myanmar dan India Tingkatkan Kerjasama Antikeganasan
2017-09-11 11:31:42 CRI Cetak

Jabatan Menteri Penasihat Myanmar mengeluarkan pengumuman bersama pada 7 September lalu, negaranya dan India akan meningkatkan kerjasama antikeganasan.

Dalam pengumuman bersama tersebut, India mengecam serangan keganasan yang berlaku di kawasan Rakhine, Myanmar baru-baru ini. Kedua-dua pihak bersepakat menganggap bahawa keganasan merupakan ancaman besar yang dihadapi oleh serantau, dan menggesa masyarakat antarabangsa meluluskan konvensyen komprehensif memerangi keganasan dengan seawal mungkin. Selain itu, dokumen tersebut menyatakan kedua-dua negara itu akan meningkatkan kerjasama dalam bidang pertahanan negara dan perlindungan kawasan sempadan.

Perdana Menteri India, Narendra Modi telah mengadakan lawatan ke Myanmar pada 5 hingga 7 September lalu. Menteri Penasihat Myanmar, Aung San Suu Kyi ketika ditemui Modi telah menyanjung tinggi pendirian India dalam isu keganasan yang dihadapi Myanmar. Modi pula menyatakan akan terus meningkatkan hubungan persahabatan dua hala, terutamanya meningkatkan kerjasama dalam bidang infrastruktur, pengangkutan dan kesihatan. Serentak itu, beliau telah memuji usaha Myanmar untuk mewujudkan kedamaian antara pelbagai etnik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China