Cari:
Rundingan RCEP Dijangka Capai Hasil Tahun Ini
2017-09-12 10:19:54 CRI Cetak

Sidang Peringkat Menteri ke-5 Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) mengeluarkan pengumuman bersama semalam bahawa pihak-pihak terlibat dalam rundingan berkenaan telah mencapai persepakatan mengenai isu-isu penting. Hasil ketara dijangka dicapai menjelang penghujung tahun ini.

Menurut pengumuman itu, ASEAN dalam sidang kali ini telah menyerahkan sebuah dokumen merumuskan isu-isu penting dalam rundingan RCEP, yang mendapat persetujuan negara-negara terbabit. Dengan dokumen tersebut sebagai panduan, rundingan akan dipercepat agar hasil dicapai dalam Sidang Kemuncak ASEAN yang bakal diadakan pada bulan November.

Setiausaha Perdagangan dan Industri Filipina, Ramon Lopez memuji sumbangan China kepada rundingan RCEP. Beliau menyatakan bahawa wakil China yang menghadiri sidang kali ini telah menunjukkan hasrat yang kuat untuk menjalin kerjasama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China