Cari:
Sidang Bersama Institut Konfusius Asia di Bangkok
2017-09-12 14:15:00 CRI Cetak

Sidang Bersama Institut Konfusius Asia diadakan di Bangkok, Thailand pada 9 hingga 10 September lalu.

Sidang tersebut menyaksikan penyertaan lebih 250 wakil dari 77 buah institut Konfusius dari 30 buah negara yang terlibat dalam inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) serta beberapa sekolah, institusi pengajian dan syarikat China di Thailand.

Naib Menteri Pendidikan Thailand, putera Panadda Diskul menyatakan bahawa Thailand adalah jiran baik China. Perkembangan Institut Konfusius di Thailand yang dianggap paling pesat di Asia, telah menyediakan syarat yang baik bagi kerjasama dua hala. Pihaknya akan terus menyokong perkembangan institut itu.

Dalam tempoh dua hari tersebut, para peserta telah berbincang mengenai perkembangan B&R dan Institut Konfusius, pembangunan konsep dan ciri-ciri Institut Konfusius, dan latihan bagi guru tempatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China