Cari:
Pameran Gambar "Impian Angkor Wat" di Nanning
2017-09-12 10:20:30 CRI Cetak

Pameran karya gambar yang dihasilkan jurugambar China, Chen Lusheng yang bertajuk "Impian Angkor Wat" dirasmikan di Nanning, ibu kota Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, China pada 10 September lalu.

Sebanyak 80 gambar yang dipamerkan kali ini adalah terpilih daripada lebih 6,000 karya yang dihasilkan Chen, Naib Kurator Muzium Kebangsaan China, ketika melawat Kemboja pada Oktober 2016.

Pameran ini diadakan bersempena Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-14. Pihak penganjur berharap peserta ekspo kali ini dan penduduk tempatan lebih memahami sejarah dan budaya yang kaya di negara-negara ASEAN serta peri pentingnya kerjasama dan pertukaran kebudayaan antara China dengan ASEAN melalui pameran tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China