Cari:
Projek Landasan Kereta Api China-Laos Berjalan Lancar
2017-09-13 16:00:46 CRI Cetak

Projek Landasan Kereta Api China-Laos berjalan lancar dengan 10% daripada kerja-kerja pembinaan telah pun diselesaikan. Laluan tersebut dijangka akan beroperasi pada 2022.

Demikian menurut Naib Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone dalam ucapannya pada majlis perasmian Ekspo China-ASEAN ke-14 dan Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN di Nanning, Guangxi semalam.

Selain projek pembinaan tersebut mencapai kemajuan, kerjasama ekonomi antara Laos dan China pada tahun lalu turut menunjukkan perkembangan positif.

Beliau berkata, jumlah perdagangan bilateral antara Laos dengan China mencatat USD2.34 bilion (RM9.8 bilion) pada tahun lalu , sekali gus menjadikan China rakan dagang kedua terbesar negara itu. Sementara itu, China turut menjadi sumber pelaburan asing terbesar bagi Laos dengan jumlah pelaburan langsung yang mencapai USD7 bilion (RM29 bilion).

Kerajaan Laos mengucapkan terima kasih atas sokongan dan bantuan China kepada Laos.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang

• Awan berwarna Merah di Tembok Besar China
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China