Cari:
Myanmar Sediakan Bantuan kepada Mangsa Keganasan
2017-09-13 14:35:00 CRI Cetak

Kementerian Luar Myanmar mengumumkan pada 11 September lalu bahawa pihak kerajaan akan menyediakan bantuan kemanusiaan kepada semua penduduk yang terjejas akibat serangan keganasan dan terpaksa berpindah ke tempat lain.

Menurut pengumuman kementerian itu, Myanmar turut mengalu-alukan bantuan daripada negara-negara lain baik di dalam mahupun luar rantau ASEAN.

Serangan keganasan yang berlaku di Rakhine telah mengakibatkan ramai penduduk tempatan kehilangan tempat tinggal. Kerajaan Myanmar menggesa masyarakat antarabangsa mengutuk serangan keganasan tersebut. Usaha kerajaan Myanmar untuk mewujudkan kestabilan, keamanan dan pembangunan di Rakhine harus disokong oleh masyarakat antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China