Cari:
Aung San Suu Kyi Tidak Hadir UNGA Ke-72
2017-09-14 16:04:42 CRI Cetak

Menurut sidang akhbar kerajaan Myanmar semalam, Penasihat Negara, Aung San Suu Kyi tidak akan menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) ke-72 ekoran situasi semasa dalam negeri.

Ketua Pengarah Pejabat Penasihat Negara, U Zaw Htay menyatakan dalam sidang akhbar itu, ketidakhadiran Aung San Suu Kyi disebabkan faktor-faktor seperti serangan keganasan di Rakhine yang mengakibatkan ramai penduduk terpaksa berpindah, tindakan kecemasan kerajaan untuk menangani protes antikerajaan, serta maklumat yang diterima tentang rancangan serangan pengganas ke atas beberapa bandar.

Walaupun tidak akan menghadiri UNGA ke-72, Aung San Suu Kyi akan menyampaikan ucapan tentang perdamaian dan kestabilan negara pada 19 September nanti.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China