Cari:
Malaysia: SPRM Isytihar 'Perang' terhadap Judi Haram
2017-09-14 10:35:11 CRI Cetak

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengisytiharkan 'perang' terhadap kegiatan judi haram di negara itu yang dikesan semakin berleluasa akibat amalan rasuah.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, suruhanjaya itu akan bertindak dengan lebih serius dan agresif terhadap siapa sahaja yang terlibat termasuk pihak yang melindungi sindiket judi haram berkenaan.

Tegas beliau, aktiviti judi ha­ram dilihat mempunyai implikasi besar kepada masyarakat di negara itu terutama umat Islam kerana ia menjurus kepada masalah sosial.

"Sudah tiba masa untuk kita mengambil tindakan terhadap pemberi atau penerima rasuah dalam isu judi haram ini. SPRM melihat dari sudut penguatkuasaan longgar yang semestinya terdapat isu-isu rasuah yang boleh dilihat oleh SPRM dengan lebih fokus.

"Kita juga melihat dari segi isu rasuah dan salah guna kuasa melibatkan operator judi haram yang dilindungi oleh pegawai penguat kuasa," katanya.

Beliau berkata demikian sele­pas mengadakan perjumpaan den­gan kepimpinan Gerakan Basmi Aktiviti Haram (GBAH) di Ibu pejabat SPRM di Putrajaya Rabu lalu.

Pada perjumpaan itu, GBAH menerusi Pengerusinya, Masridzi Sat menyerahkan satu memorandum kepada Dzulkifli bagi menyatakan sokongan terhadap ke­tegasan SPRM dalam mencegah rasuah.

sumber: Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China