Cari:
Hong Kong Pentingkan Hubungan Dengan ASEAN
2017-09-15 11:03:27 CRI Cetak

Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Carrie Lam Cheng Yuet-ngor bertolak ke Myanmar semalam untuk memulakan lawatan rasmi di sana.

Myanmar merupakan negara ASEAN ketiga yang dilawati Carrie Lam selepas lawatan ke Singapura dan Thailand pada awal Ogos lalu. Lawatan ini memperlihatkan kerajaan Hong Kong amat mengambil berat terhadap hubungan dengan ASEAN.

Dalam tempoh lawatan di Myanmar, Carrie Lam akan menghadiri Persidangan Peniaga Cina Sedunia ke-14 yang bakal diadakan di Yangon pada 16 September nanti.

Sidang dua tahun sekali yang diadakan di bandar-bandar berlainan sejak 1991 ini, meningkatkan kerjasama ekonomi dan persefahaman antara peniaga Cina dan kalangan perniagaan serta industri seluruh dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China