Cari:
Laos Tubuh Pejabat Konsulat di Changsha
2017-09-15 12:38:07 CRI Cetak

Dengan persetujuan kerajaan China, kerajaan Laos telah menubuhkan pejabat konsulatnya di Changsha, provinsi Hunan.

Pejabat ini akan menjadi perwakilan Laos di provinsi Hunan, Hubei, Henan dan Guizhou selepas mula beroperasi pada tahun ini.

Ini merupakan konsulat kerajaan negara lain yang pertama dibuka di provinsi Hunan sejak Republik Rakyat China ditubuhkan.

Dengan adanya pejabat ini, interaksi dan kerjasama antara provinsi di bahagian tengah China dengan Laos dapat dirancakkan, manakala pertukaran tenaga insan antara Hunan dengan Laos dipermudah.

Pada waktu yang sama, kerjasama dalam bidang pelaburan, perdagangan, kebudayaan, pendidikan dan pelancongan antara Hunan dengan Laos dapat ditingkatkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China